2026-05-21 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,21 Mei -Kerajaan menyasarkan Rang Undang-Undang (RUU) Warg Emas dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang,tertakluk kepada penyelarasan prosedur dan semakan lanjut oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC).
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar & Perundingan Pihak Berkepentingan bertajuk ‘The Malaysian Care Ecosystem – Assuring The Quality Of Caregivers’,anjuran kementerian,Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Fakulti Perubatan,Universiti Malaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Datuk Seri Nancy berkata perbincangan mengenai rang undang-undang tersebut juga sedang dijalankan antara pihak kerajaan dan pembangkang melalui Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mendapatkan sokongan semua parti politik.
Dalam pada itu,beliau berkata seramai 2,000 penjaga profesional warga emas disasarkan tahun ini untuk dilatih bagi memperkukuh ekosistem penjagaan golongan berkenaan di negara ini.
“Kita perlu beralih daripada melihat penjagaan sebagai kerja tidak formal kepada satu profesion yang mahir dan dihormati. Penjaga bukan sekadar pembantu. Mereka adalah barisan hadapan dalam menjaga kesejahteraan,maruah dan ketahanan negara,” katanya.
Datuk Seri Nancy berkata,statistik menunjukkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia hanya 56.6 peratus berbanding lebih 83 peratus bagi lelaki.
Katanya,sebanyak 63 peratus wanita di luar pasaran kerja pula menjadikan tugas menjaga keluarga dan kerja rumah sebagai sebab utama mereka tidak bekerja.
“Di peringkat global,lebih 708 juta wanita tidak dapat menyertai ekonomi kerana tanggungjawab penjagaan tanpa bayaran. Ini bukan soal pilihan peribadi semata-mata,tetapi kegagalan sistem yang perlu ditangani demi kesaksamaan gender dan pembangunan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata,kementerian turut membangunkan Standard Penjagaan Kebangsaan untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan penjagaan yang diberikan lebih selamat,beretika dan bermaruah.
Menurutnya,standard itu dibangunkan menerusi kerjasama pelbagai pihak termasuk industri,akademia,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.
“Jika ada satu reformasi yang tidak boleh ditangguhkan Malaysia,ia adalah pembentukan ekosistem penjagaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang yang bersepadu,” katanya.
05-22
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21