2026-05-21 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 Mei –Seramai 535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Zon Semenanjung tahun ini melibatkan tujuh jabatan dan agensi bawah Kementerian Komunikasi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Secara keseluruhan,seramai 687 warga kerja kementerian,jabatan dan agensi menerima APC dengan 535 daripadanya membabitkan penerima Zon Semenanjung.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil hadir menyampaikan anugerah kepada semua penerima.
Dalam ucapannya,beliau berharap semua penerima APC terus menjadi pembakar semangat serta contoh teladan kepada rakan sekerja lain.
“Ini adalah satu pengiktirafan yang baik dan saya percaya akan mampu memacu peningkatan produktiviti tuan-tuan puan-puan semua dan juga pasukan,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis terkenal termasuk Marsha Milan,Lan Solo dan Aris Ariwatan.
Sementara itu,penerima APC,Noorshahfadhil Zainal Abidin menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan rakan sekerja yang banyak memberi sokongan sepanjang perkhidmatannya.
“Pengiktirafan itu menjadi suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi,” katanya.
Seorang lagi penerima,Noor Akmar Aziz menyifatkan anugerah diterima sebagai penghargaan cukup bermakna apatah lagi diraikan bersama suami yang turut berkhidmat di RTM.
“Alhamdulillah,tahun ini saya bertuah sebab dapat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersama suami sekali.
“Saya harap anugerah ini boleh menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dan menjadi seorang pegawai yang baik khususnya dalam meneruskan kerjaya di RTM,” katanya.
Bagi Mohammad Najib Mashor pula,APC pertama diterimanya dianggap satu amanah besar untuk terus membawa nama RTM ke tahap lebih baik dalam arena penyiaran negara.
“Ini bukan sekadar membawa nama peribadi tetapi tanggungjawab untuk memastikan RTM terus dipercayai dan kukuh dalam industri penyiaran Malaysia,” katanya.
Sementara itu,Parvathy Nagarajan yang menerima APC buat kali pertama selepas 20 tahun berkhidmat menyifatkan penghargaan tersebut cukup bermakna dalam kerjayanya.
“Saya merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan,keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang tempoh perkhidmatan di RTM,” katanya.
05-22
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21