2026-05-21 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,21 Mei -Negara-negara ASEAN bersetuju mempercepat pelaksanaan projek Grid Tenaga ASEAN (APG) dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN bagi memperkukuh keselamatan tenaga rantau ini susulan krisis bekalan global yang semakin mencabar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Tambah beliau,pelaksanaan di peringkat domestik turut dipercepatkan,termasuk usaha Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaik taraf sistem grid serta membangunkan grid pintar berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI),dengan pelaburan kira-kira RM40 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.
Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Fadillah memaklumkan kerajaan turut memperluas pelaksanaan tenaga solar menerusi program Projek Solar Berskala Besar 7 (LSS7).
“Kita kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan LSS5 yang telah tersedia,manakala LSS6 pula telah dibuka untuk proses tender. Pada masa sama,tender turut dibuka bagi pembangunan interkonektor gas baharu dan projek berkaitan. Selain itu,kerajaan juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan LSS7,” katanya lagi.
Selain itu,pembangunan sistem penyimpanan bateri tenaga juga menjadi antara fokus utama kerajaan termasuk projek terbaharu TNB melibatkan kapasiti 400 megawatt di Terengganu.
05-22
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21