2026-05-21 HaiPress

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby
SEPANG,21 Mei -Usaha diplomatik secara agresif bersama beberapa negara kini giat dijalankan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri bagi memastikan kesemua 29 rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel dibebaskan segera.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa sama,Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengandakan usaha diplomatik melalui wakil kedutaan Malaysia di Istanbul,Amman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotila kemanusiaan itu.
Mengulas lanjut,beliau berkata pembebasan segera amat penting memandangkan situasi semasa yang tegang boleh membawa kepada beberapa kemungkinan terhadap aktivis yang ditahan.
“Senario pertama melibatkan aktivis yang baru pertama kali menyertai misi ini dan ditahan pihak Israel. Senario kedua pula melibatkan kumpulan yang berpotensi dipenjarakan lebih lama kerana pernah terlibat dalam misi kemanusiaan sebelum ini.
“Manakala senario ketiga dan paling kritikal ialah melibatkan aktivis yang mengugut tentera rejim Israel sehingga menyebabkan pihak berkuasa negara itu mengancam untuk menahan mereka lebih lama di Penjara Ketziot. Penjara itu merupakan penjara kontroversi di Israel,” katanya.
05-22
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21
05-21