2025-10-13 HaiPress
Antara peserta yang menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Masa Depan 2025/ Foto RTM
MIRI,12 Oktober – Bandar raya Miri mempunyai pelbagai sumber yang boleh dimanfaatkan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak.
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata,Miri bukan sahaja kaya dengan sumber asli seperti minyak dan gas,tetapi juga memiliki sumber manusia yang berpengetahuan,kreatif serta berpotensi besar dalam bidang keusahawanan dan teknologi digital.
"Dengan kekuatan sedia ada dan pembangunan pesat dalam sektor logistik serta infrastruktur,Miri berupaya menjadi hab ekonomi utama di wilayah utara Sarawak," katanya ketika menutup Sidang Kemuncak Perniagaan Masa Depan 2025 anjuran Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) di sini,hari ini.
Menurut Datuk Seri Lee,pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) 2030 bawah kepimpinan Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut memperkukuh usaha menjadikan Sarawak sebuah ekonomi hijau,digital dan berpendapatan tinggi.
“Melalui PCDS 2030,kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga hijau termasuk hidrogen,transformasi digital serta pengukuhan infrastruktur bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat,” ujar beliau.
Beliau berkata,pembangunan ekonomi negeri perlu bergerak seiring dengan nilai kemanusiaan,kreativiti dan kesejahteraan sosial agar kemajuan yang dicapai dapat dinikmati secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.
Sidang kemuncak dua hari itu menghimpunkan pelbagai tokoh industri dan usahawan,antaranya Jack Neo,Datuk Dr Teh Tai Yong,Yens Yenkai,Jaff Low,Lau Lih Ha dan Michelle Lau yang berkongsi pandangan mengenai inovasi,kelestarian dan masa depan dunia perniagaan.
Turut hadir,Presiden Kebangsaan PUMM,Dato Dr Teh Tai Yong; Pengerusi PUMM Sarawak,Lina Hu Choo Ling; Pengerusi IBS College,Dr Antony Hii serta lebih 100 peserta termasuk pelajar.
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13
10-13