Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil

2024-08-19 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK,19 Ogos- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil falsafah idea bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil dalam cara bekerja,sama ada bagi tugasan rasmi atau tidak rasmi.

Menurut Ahmad Zahid banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

"Antaranya menerusi langkah 'ulul albab' kesemua 57 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam negara tanpa berkompromi dari segi nilai akademik dan profesionalisme,serta Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara,yang diubah suai menjadi Tabika Pra Tahfiz," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat Kebangsan 2024 di MRSM Bagan Datuk di sini.

Dalam pada itu masyarakat harus menterjemah seluasnya pemikiran Siddiq Fadzil terutama dalam soal wasatiyah atau kesederhanaan dalam pembentukan negara bangsa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata,kepelbagaian kaum,agama,dan budaya harus digunakan sebagai kelebihan untuk maju ke hadapan.

Jelas beliau,formula yang diangkat Allahyarham adalah kerukunan hidup bersama dalam budaya damai.

"Jati diri Melayu dan pelbagai bangsa termasuk sejarah pembangunan umat mempunyai rekod tersendiri dalam membangunkan bangsa dan negara.

"...ia harus menjadi landasan kepada pendekatan Malizi ini. Begitulah kentalnya pemikiran Ustaz Siddiq ketika menjadi Presiden ABIM kerana beliau ketika itu mengetengahkan idea Islam dalam masyarakat majmuk dalam setiap ucapan dasar dalam pertemuan sanawi beliau," katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari; Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Datuk Ahmad Azam Ab Rahman serta Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Profesor Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap