2026-08-26 HaiPress

Foto BBP Sungai Rengit
PENGERANG,26 Ogos – Kebakaran terbuka membabitkan kawasan hutan paya gambut di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai,Pengerang,yang berlaku sejak 24 Ogos lalu kini melibatkan kawasan seluas 51.4 hektar.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam operasi itu,sebanyak 12 lori tangki air,tiga jentera pengorek,dua jentera pemadam dan penyelamat serta lima kenderaan pacuan empat roda digunakan,selain pelbagai peralatan lain.
Operasi berkenaan membabitkan 36 anggota bomba dari BBP Sebana Cove,Punggai,Sungai Rengit dan Bandar Penawar.
Turut terlibat 14 anggota Syarikat Air Johor (SAJ),sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pengerang.
Pasukan terbabit akan meneruskan pemantauan dan kerja pemadaman di kawasan terjejas bagi memastikan kebakaran tidak merebak serta mengelakkan kejadian kebakaran semula.
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26
08-26