Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

“Aku Janji” angkat nilai kasih sayang, perpaduan sempena Hari Kebangsaan

2026-08-26 HaiPress

Setiap individu memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk membangunkan negara

KUALA LUMPUR,26 Ogos – ‘Aku Janji’,video kempen (TVC) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengetengahkan nilai kasih sayang,kesamarataan serta semangat perpaduan bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

RINGKASAN BERITA AI

“Pemilihan watak itu membawa mesej bahawa setiap individu mempunyai kekurangan dan memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk membangunkan negara.

“Kita kena tahu bahawa setiap daripada kita tidak sempurna. Jadi bagaimana untuk kita sempurnakan setiap individu adalah dengan memerlukan kerjasama antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu,setiap watak cameo dalam TVC tersebut turut diberi fungsi tersendiri termasuk membawa mesej perpaduan,semangat saling membantu,ilmu,seni warisan dan kebersamaan.

Mesej berkenaan turut disampaikan melalui ucapan ringkas setiap cameo yang sarat dengan nilai dan makna.

Sementara itu,Pengarah dan Penyunting TVC,Muhamad Fadhli Muhamad Salleh memaklumkan projek berkenaan bermula 2 Julai lepas dengan konsep perjalanan dua beradik ke beberapa lokasi bersejarah dan menarik di Malaysia.

“Perjalanan itu menjadi simbol kepada perjalanan sebuah negara,manakala elemen warna pada pakaian serta kenderaan digunakan bagi melambangkan identiti Malaysia.

Bagi pelakon,Rafique Iskandar Muhammad Khaliffa pula mengakui telah membuat persediaan untuk membawa watak remaja pekak dan bisu dengan mempelajari bahasa isyarat bersama jurubahasa isyarat RTM.

“Saya belajar hari-hari. Semasa pengambaran saya belajar,begitu juga di rumah saya akan buat persediaan untuk semak bahasa isyarat saya,” kongsinya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap