2026-08-25 HaiPress

Datuk Rahmad Mariman (dua dari kanan) bergambar bersama peserta Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka,di sini. / Foto RTM
BUKIT PALAH,25 Ogos – Sebanyak RM1.7 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf kemudahan di Maahad Tahfiz Bestari Pulau Besar termasuk menggantikan struktur bangunan lama serta memperbaharui sistem pendawaian elektrik.
RINGKASAN BERITA AI
−
Jelasnya lagi,peruntukan itu diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka.
Sebelum ini,media melaporkan sebuah bangunan di maahad berkenaan terbakar,namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Datuk Rahmad berkata,kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membantu kerja membaik pulih bahagian bangunan yang terjejas kebakaran.
Menurutnya,kejadian itu hanya melibatkan kerosakan beberapa barangan seperti tilam dan katil yang disimpan di stor.
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25