Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

1,000 set meja, kerusi daripada kotak minuman kitar semula untuk sekolah

2026-08-14 HaiPress

Foto MILO

KUALA LUMPUR,14 Ogos – Lebih 300 sekolah di seluruh negara menerima manfaat menerusi program kitar semula yang mengubah kotak minuman terpakai kepada peralatan sekolah,termasuk 1,000 set meja dan kerusi mesra alam.

RINGKASAN BERITA AI

Pelaksanaan inisiatif itu dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Tetra Pak Malaysia turut memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai konsep kitar semula,iaitu bahan yang dianggap sebagai sisa buangan boleh diproses semula untuk menjadi produk berguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia,Singapura dan Brunei Juan Aranols berkata program berkenaan bukan sekadar menggalakkan pengumpulan kotak minuman,sebaliknya bertujuan membentuk tabiat kitar semula yang boleh diamalkan secara berterusan.

“Dengan menggalakkan pelajar,guru dan keluarga menjadikan amalan kitar semula sebahagian daripada rutin harian,kami berharap dapat memupuk tabiat yang berkekalan dan melangkaui apa yang dipelajari di bilik darjah.

“Usaha kecil secara kolektif mampu menghasilkan impak yang besar kepada alam sekitar,” ujarnya.

Sementara itu,Guru Besar SJKC La Salle,Chua Chung Wei,berkata perubahan sikap pelajar terhadap amalan kitar semula menjadi antara manfaat utama program berkenaan.

“Ganjaran terbesar adalah melihat para pelajar menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.

“Mereka dapat memahami bahawa tindakan kecil mampu membawa hasil bermakna kepada sekolah dan alam sekitar,terutama apabila dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan daripada kotak minuman yang dikumpulkan,” katanya.

Program berkenaan merupakan kesinambungan usaha kitar semula di sekolah menerusi The CAREton Project yang dilaksanakan lebih sedekad lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap