Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Prabowo rancang tutup lebih 750 syarikat milik negara

2026-08-14 HaiPress

Foto REUTERS

JAKARTA,14 Ogos – Kerajaan Indonesia akan menutup lebih 750 syarikat milik negara menjelang akhir tahun ini,kata Presiden Prabowo Subianto.

RINGKASAN BERITA AI

Setakat ini,sebanyak 290 syarikat telah ditutup dan menjelang 31 Disember,jumlah itu sepatutnya tidak melebihi 300 syarikat.

“Kami akan menutup lebih 750 syarikat dan mengekalkan hanya syarikat yang produktif,yang mencipta nilai tambah untuk rakyat,” tambah Probowo sambil menyifatkan langkah berkenaan sebagai kemungkinan antara penstrukturan semula korporat terbesar di dunia.

Langkah tersebut telah menjimatkan kira-kira 50 trilion rupiah (lebih AS$2.8 bilion) dalam kos operasi,termasuk gaji pengarah dan pesuruhjaya,sewaan bangunan dan kenderaan serta perjalanan atas urusan perniagaan.

Sasaran bagi tahun ini adalah untuk menjimatkan lebih 70 trilion rupiah,kata Prabowo. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap