2026-08-14 HaiPress

Gambar fail: Pekerja industri minyak dan gas berjalan di sebuah fasiliti syarikat OzenMunayGaz di Kazakhstan/Foto REUTERS
NEW YORK,14 Ogos — Harga minyak mentah dunia susut lebih dua peratus pada Khamis selepas pelabur mengambil kira prospek permintaan global yang lebih lemah dan peningkatan ketara inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangka penggunaan minyak dunia menguncup 1.6 juta tong sehari tahun ini berbanding unjuran penguncupan satu juta tong sehari sebelum ini.
Harga minyak bagaimanapun menerima sedikit sokongan susulan laporan serangan dron kumpulan Houthi terhadap sebuah loji penapisan Saudi Aramco di Jazan,Arab Saudi.
Dalam perkembangan lain,ketegangan berkaitan Selat Hormuz terus menjadi tumpuan pasaran selepas Iran dan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan berbeza mengenai kawalan ke atas laluan perkapalan penting itu.
Menteri Tenaga AS,Chris Wright berkata kira-kira sembilan juta tong minyak sehari masih bergerak melalui Selat Hormuz setiap minggu. Bagaimanapun,data perkapalan menunjukkan hanya lima kapal,tidak termasuk kapal kontena,melintasi laluan itu pada Rabu,jumlah terendah dalam tempoh tiga minggu.
Sebelum perang tercetus,antara 125 hingga 140 kapal melintasi laluan penting itu setiap hari.
“Cerita yang bercanggah terus mempengaruhi naratif mengenai pihak yang mengawal Selat Hormuz dan jumlah kapal yang masih melaluinya,” kata Ketua Ekonomi Matador Economics,Tim Snyder.
Sementara itu,eksport produk minyak Rusia melalui laut merosot ketara pada Julai selepas serangan dron Ukraine menyebabkan beberapa kilang penapisan utama negara itu terpaksa menjalani penyelenggaraan tidak dirancang.
Di bandar Orsk,sebuah kilang penapisan minyak yang terkena serangan dron Ukraine dua hari lalu turut terpaksa menghentikan operasi dan kerja pembaikan dijangka mengambil masa sehingga enam bulan,menurut gabenor wilayah berkenaan.
Perkembangan itu menambah tekanan terhadap bekalan minyak global ketika pasaran turut berdepan gangguan bekalan di Timur Tengah dan rantau Laut Hitam. -REUTERS
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14