Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Pemandu e-hailing Australia dapat kenaikan gaji minimum hampir RM90 sejam

2026-08-13 HaiPress

Foto REUTERS

SYDNEY,13 Ogos – Ratusan ribu pekerja ekonomi gig di Australia bakal menikmati kadar bayaran minimum lebih tinggi mulai minggu depan,dengan pemandu penghantaran berhak menerima sekurang-kurangnya A$31.30 (kira-kira RM90) sejam.

RINGKASAN BERITA AI

Setiausaha Kebangsaannya,Michael Kaine berkata,pekerja ekonomi gig terlalu lama tidak mendapat perlindungan mencukupi di bawah sistem pekerjaan negara berkenaan.

Katanya,standard baharu itu akan menjadi asas kepada usaha memperkukuh hak pekerja gig pada masa depan.

Permohonan untuk menetapkan standard berkenaan dikemukakan bersama kesatuan itu serta platform penghantaran DoorDash dan Uber Eats.

Menteri Pekerjaan dan Hubungan Tempat Kerja Australia,Amanda Rishworth,menyifatkan keputusan itu sebagai langkah penting dalam memperkukuh perlindungan serta jaringan keselamatan untuk pekerja ekonomi gig.

Bank Dunia menganggarkan sehingga 435 juta pekerja gig dalam talian di seluruh dunia pada 2023,yang sebahagian besarnya tidak mendapat perlindungan pekerjaan seperti pekerja biasa.

Pada Jun lalu,Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) turut meluluskan konvensyen bagi memperluas perlindungan pekerjaan kepada pekerja gig.

Platform ekonomi gig biasanya mengawal tugasan melalui algoritma,termasuk menetapkan tugasan dan bayaran,menilai prestasi serta menamatkan akses pekerja kepada platform.

Walaupun platform mempunyai kawalan besar terhadap tugasan dan bayaran,pekerja berkenaan lazimnya dikategorikan sebagai kontraktor bebas dan bukannya pekerja.

Keadaan itu menyebabkan mereka dalam banyak keadaan tidak menikmati perlindungan seperti gaji minimum,keselamatan pekerjaan dan akses kepada perlindungan sosial. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap