Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Israel mahu padam isu Palestin daripada agenda dunia – Erdogan

2026-08-13 HaiPress

Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan (kanan) bersama Presiden Palestin,Mahmoud Abbas,di Ankara / Foto AFP

ANKARA,13 Ogos – Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan,menuduh Israel cuba menyingkirkan isu Palestin daripada agenda dunia dengan mengambil kesempatan daripada kekacauan dan konflik baharu di rantau itu.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Abbas tiba di Ankara pada Selasa bersama penasihat diplomatiknya,Majdi Khalidi,Ketua Perisikan Palestin,Majed Faraj serta pegawai kanan Palestin,Ziad Abu Amr.

Beliau mengadakan pertemuan dengan Erdogan pada Rabu bagi membincangkan perkembangan semasa di rantau itu yang disifatkan Abbas sebagai “penting dan membuahkan hasil”.

Bulan lalu,Abbas yang berusia 90 tahun mengumumkan pilihan raya legislatif Palestin akan diadakan pada 28 November,diikuti pilihan raya presiden pada awal tahun depan.

Jika pilihan raya legislatif itu berlangsung,ia akan menjadi pilihan raya seumpamanya yang pertama dalam tempoh dua dekad.

Erdogan menyambut baik keputusan berkenaan dan berharap pilihan raya legislatif serta presiden itu dapat membantu memperkukuh proses perdamaian antara kumpulan politik Palestin.

“Harapan saya,keputusan mengadakan pilihan raya legislatif dan presiden Palestin selepas sekian lama akan membawa kebaikan serta memajukan proses perdamaian,” katanya.

Sementara itu,Abbas turut menyambut baik perjanjian pertahanan yang dimeterai Turkiye,Arab Saudi dan Pakistan pada 7 Ogos,yang disifatkannya sangat penting dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap