Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

AMAR pemangkin budaya integriti di universiti

2026-08-12 HaiPress

Ahmad Nizam (tengah) bergambar kenangan bersama peserta AMAR pada Majlis Penutupan Konvensyen AMAR Kali Ke-10 Tahun 2026 di Dewan Kolej Harun Aminurrashid,Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

TANJONG MALIM,12 Ogos– Gerakan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)perlu diinstitusikan sebagai sebahagian daripada budaya dan ekosistem universiti bagimemastikan perjuangan membanteras rasuah terus diwarisi daripada satu generasi mahasiswa kepada generasi seterusnya.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata,usaha membanteras rasuah bukan sekadar agenda SPRM,sebaliknya merupakan agenda negara dan tanggungjawab semua lapisan masyarakat termasuk golongan mahasiswa.

Katanya,cabaran negara ketika ini bukan hanya berkaitan pembangunan ekonomi,teknologi dan pencapaian pendapatan tinggi,tetapi turut merangkumi usaha membina sebuah negara yang mempunyai nilai integriti tinggi.

“Apabila integriti mula dianggap sebagai pilihan,ketika itulah masa depan sesebuah negara mula dipertaruhkan,” katanya lagi.

Sementara itu,Pengetua Kolej Ungku Omar UPSI merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Kolej,Prof. Dr. Mohd Nizam Nasrifan berkata,tema Konvensyen AMAR Kali Ke-10 Tahun 2026,“Memperkukuh Penginstitusian AMAR,Memangkin Kelestarian Literasi Mahasiswa”,bertepatan dengan keperluan semasa.

“AMAR yang ditubuhkan pada 2007 kini memerlukan pengukuhan dari aspek struktur,kepimpinan,strategi advokasi dan kelestarian gerakan bagi memastikan ia terus relevan.

“Pendidikan antirasuah juga tidak boleh terbatas kepada pengetahuan dan kesedaran semata-mata,sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan,amalan dan budaya dalam kehidupan seharian warga universiti,” katanya.

Sepanjang tiga hari konvensyen,peserta didedahkan kepada pelbagai sesi perkongsian ilmu,forum,bengkel dan perbincangan strategik yang memberi nilai tambah kepada pembangunan kepimpinan mahasiswa berintegriti.

Perbincangan turut merangkumi aspek identiti gerakan,kepimpinan berteraskan integriti,penggunaan platform digital seperti MACCampus serta pendekatan komunikasi antirasuah yang lebih kreatif dan berkesan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap