2026-08-12 HaiPress

Foto REUTERS
SAN JUAN,12 Ogos –Puluhan ribu penduduk di Puerto Rico kini berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air harian selepas kerajaan melaksanakan program pengagihan dan pencatuan air secara berjadual berikutan krisis kemarau yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Situasi sukar berkenaan menyaksikan ramai penduduk beratur panjang di perigi komuniti dan pusat pengagihan air awam untuk membawa pulang bekalan asas.
Selain isi rumah,sektor perniagaan tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air turut terjejas teruk.
Sementar itu,Gabenor Puerto Rico,Jenniffer Gonzalez memaklumkan beliau belum dapat memastikan tempoh sebenar program catuan ini akan berlanjutan.
Menurut data Pemantau Kemarau AS,hampir 68 peratus wilayah itu kini dilanda kemarau,manakala Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan San Juan mencatatkan rekod paling kering dalam sejarah pada Julai.- REUTERS
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14