2026-08-10 HaiPress

Foto fail
TEHRAN,10 Ogos– Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran bertegas tidak akan membuka laluan Selat Hormuz sehingga Amerika Syarikat (AS) memenuhi senarai tuntutannya,termasuk membayar pampasan kerosakan akibat perang.
RINGKASAN BERITA AI
−
Para perantara mendesak kedua-dua pihak agar kembali mematuhi syarat-syarat ditetapkan dalam memorandum yang dipersetujui pada Jun sebagai asas kepada rundingan damai.
“Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran pada Sabtu mengemukakan senarai syarat untuk pembukaan semula Selat Hormuz,termasuk menamatkan perang di semua sempadan hadapan,menarik balik sekatan AS ke atas pelabuhan Iran,menamatkan sekatan,melepaskan aset yang dibekukan dan membayar ganti rugi kerosakan perang,lapor agensi berita Tasnim.
Syarat-syarat berkenaan mempunyai persamaan dengan terma perjanjian pada Jun,yang antara lain menetapkan pembentukan dana pembinaan semula Iran bernilai AS$300 bilion dolar.
IRGC memaklumkan,strategi mereka adalah untuk mengekalkan sekatan itu sehingga musuh menerima semua syarat ditetapkan.
“Selat Hormuz kini menjadi medan perang bagi kami dan bukan sekadar laluan air,” tegas mereka.
Penutupan Selat Hormuz menambah tekanan kepada rakyat Amerika Syarikat,sekali gus mencetuskan tekanan politik terhadap Trump ketika pilihan raya pertengahan penggal November semakin hampir.
Bagaimanapun,pemimpin AS itu kekal optimis dalam satu perbualan dengan Axios pada Ahad.
“Kami mengambil pendekatan secara bersahaja,” kata Trump mengenai pendekatannya dalam satu temu bual.
Menteri Luar Iran,Abbas Araghchi,sebelum itu berkata Tehran hanya ‘bertukar-tukar mesej’ dengan Amerika Syarikat menerusi pihak perantara. – AFP
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14