2026-08-10 HaiPress

ATHENS,10 Ogos – Ratusan orang berhimpun di Athens pada Ahad bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan mendesak kerajaan Greece menamatkan kerjasama ketenteraan serta politik dengan Israel.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam perkembangan berkaitan,media Greece melaporkan Kementerian Luar Israel mengeluarkan amaran perjalanan menjelang demonstrasi itu.
Warga Israel yang berada di Greece dinasihatkan supaya menjauhi kawasan demonstrasi dan tidak mempamerkan simbol yang boleh mengenal pasti mereka sebagai warga Israel atau Yahudi.
Demonstrasi itu berlangsung ketika perang di Gaza terus mencetuskan kecaman antarabangsa dan protes di pelbagai negara.
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza pada 8 Oktober 2023,yang mengorbankan hampir 73,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 173,000 yang lain dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Konflik berpanjangan itu turut mengakibatkan kemusnahan besar terhadap infrastruktur awam Gaza,dengan kira-kira 90 peratus daripadanya dilaporkan musnah.
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14
08-14