Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Prestasi kewangan kukuh TH hasil reformasi institusi, pelaksanaan syor RCI – Pakar Ekonomi

2026-08-07 HaiPress


KUALA LUMPUR,7 Ogos – Prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lebih kukuh hari ini adalah hasil daripada reformasi institusi berkenaan yang telah dilaksanakan sejak proses penstrukturan semula,termasuk pelaksanaan 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI),kata pakar ekonomi.

RINGKASAN BERITA AI

“Apa yang kita mahu lihat,TH telah menjadi lebih baik dan lebih tersusun,teratur dan mematuhi tadbir urus yang lebih mantap,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Malaysia Petang Ini: RCI Tabung Haji,Amanah Pendeposit Tanggungjawab Pengurusan Bersama,’ terbitan Bernama TV pada Khamis.

Mengenai strategi pelaburan TH,Ahmed Razman berkata tumpuan TH kepada pelaburan domestik juga dilihat memberi pulangan yang baik,dipacu pertumbuhan ekonomi negara dan pasaran ekuiti yang positif untuk tempoh beberapa tahun berturut-turut,sekali gus membantu menjana pendapatan pelaburan TH.

“(Perkara ini) membolehkan analisis pelaburan itu dibuat dengan lebih tepat dan kita boleh mengawal risiko dengan lebih cekap. Keputusan pelaburan itu diharapkan lebih berkesan kerana kita tahu bagaimana prestasi pelaburan yang kita lakukan di peringkat domestik,” katanya.

Menurut Ahmed Razman,selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab,TH juga perlu meneruskan usaha menstrukturkan semula aset,menguruskan aset yang kurang produktif secara optimum serta meningkatkan kecekapan pengurusan portfolio pelaburannya.

“Saya lihat TH telah melaksanakan pelbagai inisitif sejak beberapa tahun ini untuk meningkatkan prestasi tersebut.

“Apabila pendekatan ini dilakukan,ini boleh memastikan pendapatan kekal mampan tanpa bergantung kepada mana-mana aset atau pelaburan,dan apa yang lebih penting,adalah meningkatkan kembali keyakinan pendeposit ke atas TH,” katanya.

Pada 29 Julai lepas,RCI mengenai TH mengeluarkan laporan setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 sehingga 2020.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap