Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

AS perketat tapisan media sosial pemohon visa

2026-08-07 HaiPress

Foto hiasan

WASHINGTON,7 Ogos– Amerika Syarikat (AS) dilaporkan merancang untuk memperluaskan tapisan terhadap akaun media sosial pemohon visa,termasuk wartawan asing sebagai sebahagian daripada langkah Presiden Donald Trump memperketat dasar imigresen.

RINGKASAN BERITA AI

“Ia bagi membolehkan pemohon membuktikan kelayakan mereka untuk menerima visa mengikut undang-undang AS dan memastikan tiada individu yang menimbulkan risiko terhadap keselamatan Amerika Syarikat,” kata jurucakap jabatan itu.

AS ketika ini sudah mewajibkan pemohon bagi beberapa kategori visa termasuk visa pelajar,menjadikan akaun media sosial mereka boleh diakses secara umum.

Menurut Daily Signal,syarat itu kini dicadangkan untuk diperluaskan kepada wakil media asing serta sebahagian warganegara Mexico dan Kanada.

Sejak kembali memegang jawatan Presiden tahun lalu,Trump telah mengambil langkah mengusir jutaan pendatang tanpa izin serta mengetatkan kemasukan rakyat dari beberapa negara ke AS.

“Visa adalah satu keistimewaan,bukannya hak,” tegas Setiausaha Negara AS,Marco Rubio.

Bulan lalu,pentadbiran Trump memuktamadkan peraturan baharu yang mengenakan had lebih ketat terhadap tempoh tinggal pelajar asing dan wartawan di AS.

Bawah perubahan yang boleh dilaksanakan seawal September,warga asing yang menggunakan visa pelajar hanya akan dibenarkan tinggal mengikut tempoh program akademik mereka,dengan had maksimum selama empat tahun.

Sementara itu,wartawan asing akan dihadkan tempoh tinggal kepada hanya 240 hari,atau kira-kira lapan bulan,namun mereka masih boleh memohon lanjutan bagi tempoh yang sama. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap