Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Sheikh Hasina ikrar pulang ke Bangladesh pada Disember

2026-08-06 HaiPress

Bekas Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina / Foto fail AFP

NEW DELHI,6 Ogos – Bekas Perdana Menteri Bangladesh,Sheikh Hasina,berikrar pulang ke negaranya pada Disember ini walaupun berdepan kemungkinan ditahan dan dipenjarakan.

RINGKASAN BERITA AI

Kerajaan Bangladesh bagaimanapun memberi jaminan beliau akan diberikan proses undang-undang sewajarnya dalam semua kes yang dihadapinya sekiranya kembali.

Ikrar Hasina mencetuskan kemarahan di Dhaka apabila penunjuk perasaan membakar patung menyerupainya,manakala Kementerian Luar Bangladesh menyifatkan ucapan itu sebagai menjejaskan usaha memulihkan hubungan dua hala.

Kementerian berkenaan menegaskan Hasina tidak mempunyai tempat dalam sistem politik Bangladesh selepas disabitkan kesalahan.

Pemerintahan Hasina tumbang pada 5 Ogos 2024 susulan kebangkitan yang diterajui golongan pelajar.

Hasina melarikan diri ke India dengan menaiki helikopter ketika orang ramai menyerbu kediaman rasminya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,400 orang terbunuh dalam tindakan keras ketika beliau cuba mempertahankan kuasa.

Pada November 2025,sebuah mahkamah di Dhaka mensabitkan Hasina atas jenayah terhadap kemanusiaan dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Bangladesh telah mengemukakan permohonan rasmi kepada India untuk mengekstradisinya,namun New Delhi memaklumkan perkara itu masih dalam penelitian. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap