2026-07-23 HaiPress

Facebook: Tabung Haji
KUALA LUMPUR,23 Julai- Lembaga Tabung Haji (TH) meraih dua anugerah berprestij bagi hartanah ikoniknya,Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam yang mencerminkan komitmen berterusan dalam pengurusan aset dan amalan kelestarian.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Sebagai institusi yang mengurus amanah umat Islam,setiap aset perlu dipelihara sebaiknya agar terus memberi manfaat kepada pendeposit,masyarakat dan negara untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kejayaan itu turut membuktikan keupayaan TH sebagai institusi yang banyak menerima pengiktirafan,dalam menggabungkan pengurusan aset matang dengan teknologi moden,pendigitalan dan amalan kelestarian selaras dengan standard terbaik industri.
Menara TH Tun Razak yang direka oleh arkitek terkenal Hijjas Kasturi dan menjadi mercu tanda Kuala Lumpur sejak 1985,terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif penambahbaikan.
Ini termasuk menaik taraf kemudahan bangunan,sistem parkir tanpa tunai berasaskan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan,peningkatan aspek keselamatan dan akses,serta perancangan pemasangan sistem solar sebagai sebahagian daripada Pelan Pengurusan Aset Lima Tahun.
Menara Bank Islam terus menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan fasiliti menerusi penyelenggaraan proaktif,pemantauan berasaskan keadaan dan penggunaan sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer i-MANS,yang meningkatkan kecekapan operasi,mempercepatkan masa respons serta mengoptimumkan pengurusan aset.
Kedua-dua bangunan ini diuruskan oleh TH Properties Sdn Bhd,iaitu sebuah anak syarikat milikan penuh TH.
Pendekatan yang dilaksanakan berjaya memastikan kebolehpercayaan sistem kritikal bangunan seperti bekalan air domestik,lif dan sistem pencegahan kebakaran,di samping menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 6.6 peratus berbanding garis asas tenaga yang diselaraskan melalui pelaksanaan sistem automasi bangunan,pengoptimuman operasi sistem penyaman udara serta penggunaan lampu cekap tenaga.
Tan Sri Abdul berkata pengiktirafan itu mengukuhkan komitmen TH untuk terus mempertingkatkan pengurusan aset berteraskan prinsip alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG).
“TH akan terus memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi memastikan aset-aset strategik kekal berdaya saing serta mencipta nilai mampan kepada pendeposit,” katanya.
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22