2026-07-22 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Julai – Tuduhan bahawa mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir menjual aset strategik Tabung Haji (TH) disifatkan tidak benar.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Oleh itu kerajaan pada waktu itu bertindak menubuhkan USJB,sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk membeli aset TH yang bermasalah dan kurang berdaya saing pada harga premium dan bukan harga murah,” tambah beliau.
Dr. Zulkifli menyatakannya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Profesor Dr Noor Inayah Ya’akub di Dewan Negara.
Beliau turut menegaskan aset berkenaan tidak hilang daripada pegangan TH kerana perjanjian tersebut memperuntuk hak untuk membelinya semula.
Katanya lagi,seiring pemulihan prestasi kewangan TH,beberapa aset yang dijual sebelum ini telah diperoleh semula berdasarkan nilai pasaran semasa.
Antaranya,tanah di Tun Razak Exchange (TRX),yang dijual pada nilai RM400 juta pada 2018 sebelum dibeli semula pada harga RM270 juta.
Beliau berkata,kejayaan pelan pemulihan itu dapat dilihat melalui beberapa petunjuk prestasi semasa,termasuk jumlah deposit yang meningkat kepada RM95.1 bilion setakat pertengahan Jun lalu.
“Selain itu,kadar agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.5 peratus pada tahun lalu,iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun,” beliau menambah.
Mengenai cadangan mendedahkan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH kepada umum,Dr. Zulkifli berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan dibuat.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan naratif yang didakwa memutar belitkan fakta berhubung penjualan aset TH.
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22