2026-07-22 HaiPress

Foto FB Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,22 Julai – Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,menyifatkan sambutan Hari Sarawak 2026 sebagai lambang maruah,jati diri dan semangat perjuangan rakyat Bumi Kenyalang dalam menentukan hala tuju negeri itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa sama,beliau menegaskan kekuatan sebenar Sarawak terletak pada perpaduan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum,budaya,bahasa dan agama,yang menjadi asas kepada keharmonian negeri itu.
Sehubungan itu,Datuk Seri Fadillah mengajak seluruh rakyat terus menghayati semangat Segulai Sejalai dengan memelihara keharmonian,mempertahankan kestabilan,memperkukuh perpaduan serta meneruskan agenda pembangunan demi memastikan kemakmuran negeri dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.
Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak 2026 kepada seluruh rakyat negeri itu.
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22
07-22