Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Kebakaran hutan utara Madrid: 13,000 hektar musnah

2026-07-20 HaiPress

Kira-kira 300 anggota bomba dibantu 26 pesawat pengebom air dikerahkan untuk mengawal kebakaran. Foto/AFP

MADRID,20 Julai – Pasukan bomba terus bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan di utara Madrid yang telah memusnahkan kira-kira 13,000 hektar kawasan selain memaksa sekitar 700 penduduk dipindahkan.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,satu lagi kebakaran hutan yang tercetus berhampiran Zaragoza di wilayah Aragon pada Rabu lalu turut memaksa kira-kira 1,000 penduduk dipindahkan.

Timbalan Presiden wilayah Aragon,María del Mar Vaquero berkata keadaan cuaca yang lebih baik telah membantu anggota bomba memperlahankan penyebaran api.

Menurutnya,pasukan kecemasan akan menentukan bila penduduk lima kampung yang dipindahkan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Kebakaran di Aragon setakat ini memusnahkan kira-kira 14,400 hektar kawasan,lebih rendah daripada anggaran awal sebanyak 16,000 hektar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden tersebut.

Awal bulan ini,Sepanyol turut berdepan antara kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu apabila kebakaran di wilayah Almeria mengorbankan 13 nyawa dan memusnahkan sekitar 7,000 hektar kawasan.

Sepanyol merupakan antara negara Eropah yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim,dengan gelombang haba yang semakin kerap dan berpanjangan.

Suhu yang sering melebihi 40 darjah Celsius mewujudkan keadaan yang memudahkan kebakaran hutan merebak.

Saintis turut menyatakan perubahan iklim akibat aktiviti manusia meningkatkan tempoh,intensiti dan kekerapan gelombang haba,sekali gus mengeringkan tumbuh-tumbuhan dan meningkatkan risiko kebakaran hutan. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap