Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Enam Exco Johor dikekalkan, empat muka baharu sertai pentadbiran negeri

2026-07-18 HaiPress

Gambar ihsan FB HRH Crown Prince of Johor

JOHOR BAHRU,18 Julai – Pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Johor menyaksikan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dikekalkan,manakala empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik sebagai muka baharu bagi memperkukuh barisan pentadbiran untuk penggal ini.

RINGKASAN BERITA AI

“Barisan yang dibentuk ini menggabungkan mereka yang berpengalaman dan juga tenaga baharu bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus kukuh,cekal serta berkesan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada Bangsa Johor,” katanya.

Sementara itu,Hasrunizah berkata,beliau akan memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan pembangunan wanita,institusi keluarga dan kebajikan masyarakat,khususnya golongan ibu tunggal serta suri rumah.

Katanya,pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini dan usaha berkenaan akan diteruskan serta diperkasakan bagi meningkatkan kesejahteraan kumpulan sasar.

Dalam pada itu,Lee Ting Han berkata,kerajaan negeri akan memberi fokus kepada pelaksanaan manifesto dan sasaran ekonomi yang dijanjikan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya,usaha memperkukuh ekonomi Johor akan diteruskan bagi memastikan segala perancangan yang dirangka dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Istiadat berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor,Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor,Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Ahad lalu,Datuk Onn Hafiz yang juga ADUN Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal kedua berturut-turut selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Pada PRN yang berlangsung Sabtu lalu,BN memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap