2026-07-18 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,18 Julai – Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disaran mengutamakan kedaulatan undang-undang serta menghormati Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan proses demokrasi berjalan secara sihat,aman dan berintegriti sepanjang tempoh berkempen.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata,gabungan prinsip demokrasi,kedaulatan undang-undang dan nilai yang terkandung dalam Rukun Negara membolehkan rakyat melaksanakan hak mereka untuk memilih pemimpin menerusi proses pilihan raya yang telus dan teratur.
Dalam pada itu,beliau turut menegaskan tanggungjawab setiap pengundi amat penting bagi memastikan demokrasi terus subur.
Katanya,kadar keluar mengundi yang tinggi mencerminkan penyertaan aktif rakyat dalam proses demokrasi dan memperkukuh legitimasi kerajaan yang dipilih.
Proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan Ke-16 berlangsung serentak di lapan pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari,manakala pengundian awal dijadualkan pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18
07-18