Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

ACHR seru terima pakai istilah ‘Ahwal’, ‘Wholocide’ untuk genosid Israel

2026-07-16 HaiPress

Penduduk Palestin mengusung jenazah dua mangsa yang terkorban dalam serangan udara Israel/Gambar fail REUTERS

CAIRO,16 Julai – Jawatankuasa Tetap Arab untuk Hak Asasi Manusia (ACHR) menyeru pada Rabu supaya perkataan Arab “ahwal” (kengerian) dan perkataan bahasa asing “wholoside” (pembunuhan keseluruhan) diterima pakai sebagai istilah untuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Semenanjung Gaza oleh Israel.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata tarikh itu menandakan pembunuhan lebih 700 rakyat Palestin dalam tempoh kurang 24 jam,termasuk mangsa pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al-Ahli Arab (Hospital Baptist) di Bandar Gaza,serta pembunuhan beramai-ramai lain di bandar itu.

Al-Aklouk berkata istilah “ahwal” dan “wholocide” diilhamkan oleh kata-kata dan penderitaan mangsa pembunuhan beramai-ramai itu sendiri,dengan menyatakan bahawa ramai mangsa yang terselamat dan saksi menggambarkan apa yang mereka alami sebagai “kengerian hari penghakiman” susulan kekejaman pasukan pendudukan Israel.

Beliau berkata perkataan yang diperoleh daripada gambaran manusia secara spontan itu menjadi bukti yang berkekalan kepada magnitud dan kekejaman jenayah serta kezaliman pelakunya.

Beliau menyeru organisasi hak asasi manusia,institusi pendidikan,universiti,pusat penyelidikan dan kebudayaan,saluran media,artis,penulis blog,pengguna media sosial dan pempengaruh awam yang lain untuk menerima pakai istilah itu dalam aktiviti,penerbitan,penyelidikan akademik dan karya budaya mereka.

Katanya ini akan membantu memelihara ingatan mangsa pembunuhan beramai-ramai,menghormati mereka yang terbunuh dan menjaga memori negara dan manusia tentang jenayah yang tidak akan dipadamkan oleh peredaran masa. – BERNAMA-WAFA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap