Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Gelombang haba ekstrem ragut lebih 2,700 nyawa di UK

2026-07-13 HaiPress

Foto AFP

LONDON,13 Julai – Sekurang-kurangnya 2,700 orang dilaporkan meninggal dunia di England dan Wales akibat gelombang haba ekstrem yang melanda wilayah berkenaan pada Mei dan Jun lepas.

RINGKASAN BERITA AI

Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) dijangka menerbitkan jumlah anggaran rasmi kematian berkaitan haba dalam beberapa minggu akan datang berdasarkan rekod pendaftaran kematian semasa.

Ketua Pusat Kesihatan Keselamatan dan Iklim UKHSA,Lea Berrang Ford menegaskan model kajian terbaharu itu jelas menunjukkan skala risiko haba melampau dan ancaman perubahan iklim yang semakin meningkat terhadap kesejahteraan penduduk.

Penyelidik kajian turut menekankan peranan pemanasan global yang menyebabkan suhu maksimum pada waktu siang meningkat 3º hingga 4º darjah Celsius lebih tinggi berbanding kadar normal.

Sebelum ini,Jawatankuasa Perubahan Iklim (CCC) yang bertanggungjawab menasihati kerajaan UK telah memberi amaran bahawa negara itu masih “belum bersedia” menghadapi impak perubahan iklim.

Menerusi laporan yang diterbitkan pada Mei tahun lalu,CCC menganggarkan 92 peratus kediaman di Britain berisiko mengalami keadaan terlalu panas menjelang 2050,selain menyarankan kerajaan menetapkan had suhu maksimum di tempat kerja serta melabur dalam sistem pendingin hawa di bangunan awam seperti hospital dan sekolah. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap