Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Seminggu gempa Venezuela: Harapan temui mangsa terselamat tipis, risiko kebuluran meningkat

2026-07-02 HaiPress

Foto REUTERS

[b]LA GUAIRA,2 Julai[/b] – Harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis selepas seminggu kejadian gempa bumi berkembar melanda Venezuela yang meragut hampir 2,300 nyawa.

RINGKASAN BERITA AI

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 50,000 orang masih hilang.

Dua gempa bumi kuat 7.2 dan 7.5 magnitud telah memusnahkan seluruh penempatan di Venezuela,sebuah negara kaya minyak yang sememangnya sudah sedia lumpuh akibat krisis ekonomi.

Susulan kemusnahan infrastruktur,tumpuan kini beralih kepada kelangsungan hidup kerana mangsa terselamat terpaksa bersaing demi mendapatkan bekalan makanan dan air bersih yang semakin menyusut.

“Bantuan ada diagihkan tetapi kadangkala orang ramai sanggup berbunuhan sesama sendiri demi makanan.Suasana di sini tak ubah seperti gelanggang sabung ayam,” kata Daniela Armas, seorang peniaga yang ditemui di pusat perlindungan kecemasan.

Ketua Misi Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) di Venezuela,Lia Poggio mengesahkan bahawa keadaan di lapangan kini berada pada tahap amat kritikal.

Program Makanan Sedunia (WFP) juga telah melancarkan rayuan dana kecemasan berjumlah AS$50 juta untuk menyara kira-kira 500,000 mangsa bagi tempoh tiga bulan.

Selain isu kebuluran,kebimbangan terhadap penularan wabak penyakit kini semakin meningkat.

Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),Christian Lindmeier,memberi amaran bahawa sistem perkhidmatan kesihatan Venezuela kini berada di bawah tekanan melampau.

“Terdapat risiko tinggi berlakunya penularan penyakit yang sepatutnya boleh dicegah oleh vaksin seperti campak dan difteria,” jelas beliau,memandangkan kadar imunisasi di negara itu sememangnya sudah rendah sebelum bencana berlaku.

Berdasarkan penilaian awal data satelit yang diterbitkan oleh NASA,dianggarkan sebanyak 58,870 buah bangunan telah mengalami kerosakan teruk atau musnah sepenuhnya dalam bencana tersebut.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap