Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Tiga anggota bomba terkorban dalam kebakaran hutan besar di Colorado

2026-07-01 HaiPress

Kebakaran di selatan Rifle / Foto ihsan Bomba Colorado River

COLORADO,1 Julai – Tiga anggota bomba maut ketika memadam kebakaran hutan yang merebak dengan pantas di kawasan sempadan Colorado dan Utah di bahagian barat Amerika Syarikat pada Sabtu lalu,ketika beberapa lagi kebakaran besar terus mengancam negeri itu susulan cuaca panas,kering dan berangin.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut laporan,ketiga-tiga anggota bomba itu terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran ketika bertugas memadam Kebakaran Knowles dan Gore di barat Colorado.

Dua lagi anggota bomba cedera selepas pasukan penyelamat terpaksa menggunakan khemah perlindungan kecemasan apabila api merebak secara mendadak.

Kebakaran Knowles dan Gore kemudiannya bergabung dengan beberapa kebakaran berhampiran,sekali gus membentuk Kebakaran Snyder yang telah memusnahkan puluhan ribu ekar kawasan.

Ketika ini,pasukan bomba tempatan,negeri dan persekutuan terus berusaha mengawal kebakaran dengan bantuan anggota darat,helikopter serta pesawat pemadam kebakaran.

Angin kencang dan kelembapan udara yang rendah terus menyebabkan kebakaran sukar dikawal serta memperlahankan usaha membendung api.

Gabenor Colorado,Jared Polis,mengisytiharkan darurat bencana susulan Kebakaran Snyder Mesa bagi membolehkan lebih banyak aset dan anggota digerakkan,termasuk Pengawal Kebangsaan Colorado,untuk membantu operasi pemadaman kebakaran serta penduduk yang terjejas.

Pihak berkuasa tempatan turut mengekalkan arahan pemindahan di beberapa kawasan di barat Colorado sebagai langkah berjaga-jaga. – VIORY

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap