2026-06-29 HaiPress

Gambar hiasan/Foto REUTERS
BUDAPEST,29 Jun – Hungary mengarahkan penjawat awam bekerja dari rumah mulai Isnin susulan cuaca panas melampau yang melanda negara itu,sekali gus memaksa kerajaan melaksanakan beberapa langkah kecemasan termasuk sekatan penggunaan air,had kelajuan kereta api dan nasihat kesihatan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Cuaca panas yang berpanjangan mula menjejaskan perkhidmatan awam dan infrastruktur.
Had kelajuan masih dikuatkuasakan di 25 laluan kereta api berikutan suhu tinggi,manakala paip bekalan air yang pecah menyebabkan gangguan sementara kepada ratusan pengguna di Balatonfured dan bandar Gyor di barat negara itu.
Beberapa pihak berkuasa tempatan turut mengenakan sekatan sementara terhadap penggunaan air bukan keperluan susulan peningkatan kadar penggunaan.
Penduduk di kawasan terjejas diminta tidak menyiram taman,mengisi kolam renang,mencuci kenderaan atau menggunakan air bagi tujuan lain yang tidak penting pada waktu siang.
Setakat petang Ahad,pihak berkuasa melaporkan hanya tiga kes berkaitan haba yang memerlukan rawatan perubatan di seluruh negara,tanpa sebarang insiden besar melibatkan keselamatan awam.
Hungary merupakan antara beberapa negara di Eropah Tengah yang sedang berdepan cuaca panas melampau termasuk Jerman,Poland dan Republik Czech yang turut merekodkan suhu luar biasa sepanjang hujung minggu. – BERNAMA
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02
07-02