Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Gempa bumi: Jumlah mangsa korban meningkat kepada 1,450 orang

2026-06-29 HaiPress

Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan di Caraballeda,La Guaira/Foto AFP

LA GUAIRA,29 Jun – Angka korban gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 1,450 orang manakala hampir 200 bangunan dilaporkan runtuh sepenuhnya.

RINGKASAN BERITA AI

Manakala jutaan penduduk lagi dikhuatiri berdepan kekurangan kemudahan sanitasi dan keperluan asas lain.

Pasukan penyelamat dari Amerika Syarikat,Mexico dan beberapa negara lain terus bertungkus-lumus mencari mangsa,sementara penduduk tempatan menggali timbunan runtuhan dengan tangan bagi menyelamatkan ahli keluarga yang dipercayai masih terperangkap di bawah bangunan pangsapuri yang runtuh.

Pasukan penyelamat mengangkat mangsa yang masih hidup di Caraballeda,La Guaira/Foto AFP

Presiden Perhimpunan Kebangsaan Venezuela,Jorge Rodriguez berkata sebanyak 774 bangunan mengalami kerosakan teruk akibat dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud yang berlaku Rabu lalu termasuk 189 bangunan yang musnah sepenuhnya.

Di La Guaira,antara kawasan yang paling teruk terjejas,Hector Aguilera masih mencari empat ahli keluarganya yang tertimbus di bawah runtuhan.

“Kami tidak mendapat bantuan untuk mengeluarkan ahli keluarga dan kami tidak mampu melakukannya sendirian. Mereka tertimbus di bawah sana dan kami tahu mereka sudah meninggal dunia namun kami tetap berada di sini,” katanya.

Pakar menjelaskan bahawa 72 jam pertama selepas sesuatu bencana merupakan tempoh paling kritikal untuk menyelamatkan mangsa yang masih hidup.

Selepas tempoh itu,operasi biasanya bertukar kepada usaha mengesan dan mengeluarkan mayat mangsa.

Di kawasan San Bernardino di Caracas,sukarelawan memanjat runtuhan sebuah bangunan menggunakan gerudi untuk memecahkan konkrit dan membentuk rantaian manusia bagi mengalihkan runtuhan secara manual.

Di Chacao pula,satu lagi kawasan di ibu negara,skrin elektronik besar yang lazimnya digunakan untuk pengiklanan memaparkan wajah individu yang dilaporkan hilang sebagai usaha membantu mengesan mereka.

Ketika operasi menyelamat masih diteruskan,kejadian rompakan turut dilaporkan berlaku di La Guaira yang sebahagian besarnya kini menjadi timbunan runtuhan akibat gempa bumi yang dianggap paling dahsyat pernah berlaku di Amerika Selatan.

Penduduk memaklumkan bahawa farmasi,pasar raya dan premis perniagaan lain telah dirompak.

Sebahagian mereka turut mengeluhkan kelewatan serta jumlah bantuan pascagempa yang disifatkan tidak mencukupi daripada pihak berkuasa. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap