Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Gelombang haba: Loji nuklear Switzerland terpaksa ditutup

2026-06-27 HaiPress

Foto AFP

GENEVA,27 Jun –Rektor di loji nuklear tertua di Eropah terpaksa ditutup pada Jumaat ekoran fenomena gelombang haba ekstrem yang melanda benua itu,sekali gus menyebabkan suhu air sungai yang digunakan sebagai sistem penyejuk meningkat secara mendadak.

RINGKASAN BERITA AI

Switzerland turut mencatatkan sejarah apabila memecahkan rekod suhu tertinggi bulan ini untuk dua hari berturut-turut.

Stesen meteorologi di Basel,yang terletak tidak jauh dari loji Beznau,merekodkan suhu mencecah 38.8 darjah selsius pada Jumaat,memadamkan rekod lama yang telah bertahan selama hampir 80 tahun.

Langkah kecemasan tersebut bukan sahaja berlaku di Switzerland,malah pembekal tenaga utama Perancis turut menutup dua reaktor nuklearnya atas faktor perlindungan alam sekitar bagi mengelak pelepasan air panas secara berlebihan ke dalam sungai yang sedia hangat.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap