Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Pengguna Perlis sambut baik penurunan harga diesel bersubsidi

2026-06-26 HaiPress

Foto BERNAMA

KANGAR,26 Jun – Penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM 2.10 seliter berkuat kuasa 1 Julai ini dilihat satu langkah proaktif dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat khususnya pengguna diesel yang terkesan secara langsung dengan turun naik harga bahan api berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

“Harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.10 seliter adalah berpatutan memandangkan jumlah pengguna diesel di Malaysia yang agak ramai. Langkah ini dapat membantu meringankan beban mereka yang bergantung kepada diesel dalam urusan harian.

“Penggunaan MyKad sebagai mekanisme penyasaran subsidi juga dilihat sesuai dan menghalang individu yang tidak layak,seperti warga asing,daripada menikmati subsidi yang sepatutnya hanya diberikan kepada rakyat Malaysia. Dengan pelaksanaan ini,pengagihan subsidi akan menjadi lebih terkawal”,katanya.

Manakala,pengguna diesel,Mohd Syauqee Mohd Fawzi,berharap penurunan harga diesel bersubsidi dapat membantu menurunkan harga barangan serta memberi kelegaan kepada rakyat.

“Dengan pengurangan ini,saya rasa baguslah untuk rakyat. Penggunaan MyKad mampu memastikan subsidi dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak.

Sementara itu,peniaga buah durian Mohd Ilhami Mad Tajudin,menyifatkan langkah kerajaan itu mengurangkan beban rakyat.

“Sebelum ini,harga diesel mencecah lebih RM4 seliter. Penurunan kepada harga subsidi memang amat membantu. Saya menggunakan pikap untuk urusan kerja kerana lebih praktikal berbanding lori,terutama untuk membawa peralatan ke lokasi acara. Jadi,subsidi ini dapat mengurangkan kos penggunaan harian saya”,ujar Mohd Ilhami.

Penurunan harga ini wajar dilihat sebagai ruang untuk rakyat mengurus keperluan dengan lebih baik dan memanfaatkan lebihan nilai wang dibelanjakan untuk keperluan seharian yang lain.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap