Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Segamat Inland Port diaktifkan semula

2026-06-25 HaiPress

Foto BERNAMA

JOHOR,25 Jun – Segamat Inland Port (SIP) yang merupakan anak syarikat Lembaga Pelabuhan Klang hari ini memeterai Perjanjian Pajakan bersama Infinity Landbridge Express Sdn. Bhd bagi mengaktifkan semula operasinya.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam masa sama,penggunaan rangkaian rel secara optimum dijangka dapat mengurangkan kira-kira 18,000 pergerakan treler di jalan raya setiap bulan,sekali gus membantu mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselamatan jalan raya.

Anthony Loke menegaskan,usaha menggalakkan pengangkutan kargo menggunakan rel perlu diperkasa bagi mengurangkan kebergantungan kepada trak.

“Landasan rel ini perlu dioptimumkan kerana ia mampu menjana pulangan kepada KTM dari segi hasil,selain selari dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pengangkutan kargo menggunakan kereta api.

“Usaha ini juga penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada trak serta mengurangkan jumlah kenderaan berat di jalan raya.

“Sekiranya inisiatif ini diteruskan dan semakin banyak pihak beralih kepada pengangkutan rel sebagai alternatif.

“Ia bukan sahaja dapat mengurangkan penggunaan trak di jalan raya,malah turut menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya,”katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan bagi Pengaktifan Semula Segamat Inland Port sebagai Pemacu Pertumbuhan Ekonomi Johor Utara,di sini hari ini.

Pelaksanaan projek berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat terlibat melalui penetapan kadar sewa bulanan bagi tempoh sehingga 30 tahun.

Untuk rekod,SIP ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai hab logistik pedalaman yang menghubungkan kawasan pengeluaran,perindustrian dan perdagangan di Johor Utara dengan pelabuhan utama negara melalui rangkaian rel.

Bagaimanapun,operasinya sebelum ini tergendala akibat kekurangan daya saing dalam industri logistik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap