Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Venezuela isytihar darurat susulan gempa terkuat dalam 125 tahun

2026-06-25 HaiPress

Pasukan kecemasan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Caracas./ REUTERS

CARACAS,25 Jun – Pemangku Presiden Venezuela,Delcy Rodriguez,mengisytiharkan darurat negara lewat Rabu selepas dua gempa bumi kuat melanda pesisir utara Caribbean negara itu,mengakibatkan kemusnahan meluas serta mencetuskan amaran dan nasihat tsunami di beberapa kawasan sekitar.

RINGKASAN BERITA AI

Gegaran kuat itu turut menggegarkan ibu negara Caracas sehingga menyebabkan beberapa bangunan runtuh.

“Kami telah mengisytiharkan darurat negara bagi mempercepatkan penyelarasan operasi menyelamat,” kata Rodriguez dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.

Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Maiquetia,panik ketika gempa bumi melanda./ REUTERS 

Beliau turut mengesahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Maiquetia ditutup sehingga diberitahu kelak selepas terminal utama dan landasan mengalami kerosakan teruk.

Pihak pertahanan awam kini digerakkan ke kawasan paling teruk terjejas berhampiran pusat gempa bagi menilai tahap kerosakan infrastruktur.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kepulan debu tebal menyelubungi beberapa kawasan komersial di Caracas ketika bangunan retak dan sebahagian struktur konkrit runtuh.

Pasukan penyelamat kini giat mencari mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Menteri Dalam Negeri,Diosdado Cabello,berkata gegaran kuat menyebabkan kegagalan struktur pada beberapa rumah dan bangunan sehingga mengakibatkan ia runtuh.

Beliau berkata semua agensi keselamatan dan kecemasan termasuk pasukan pertahanan awam,sukarelawan,bomba serta polis telah digerakkan ke lokasi terjejas.

Cabello turut menyifatkan keadaan di kawasan kejiranan Altamira di Caracas sebagai membimbangkan selepas beberapa bangunan kediaman bertingkat mengalami runtuhan separa.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan terjejas supaya berada di kawasan lapang berikutan kemungkinan berlakunya gegaran susulan.

“Kami mengesyorkan orang ramai kekal berada di luar bangunan,memantau keselamatan kanak-kanak dan warga emas serta bertenang sementara operasi menyelamat dijalankan,” katanya.

Rodriguez turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),beberapa organisasi antarabangsa dan negara luar yang menawarkan bantuan kemanusiaan.

Antara negara yang menyatakan sokongan ialah Colombia,Brazil,Mexico,Turkiye,Jordan,Barbados,Curacao dan United Kingdom (UK),termasuk menawarkan bantuan pasukan mencari dan menyelamat.

Foto REUTERS

Sementara itu,Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan akan membantu Venezuela.

Timbalan Setiausaha Negara AS,Christopher Landau,berkata Washington sedang berhubung dengan pihak berkuasa Venezuela bagi menyelaras bantuan.

“AS berdiri bersama rakyat Venezuela susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu. Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan menggerakkan bantuan. Semoga Tuhan melindungi rakan-rakan kami di Venezuela pada saat yang sukar ini,” katanya menerusi platform X.

Dalam perkembangan berkaitan,Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran ancaman tsunami untuk pesisir pantai Venezuela serta pulau Aruba,Bonaire dan Curacao.

Nasihat tsunami turut dikeluarkan bagi Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat,sementara pihak berkuasa terus memantau paras laut bagi mengesan sebarang aktiviti ombak luar biasa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap