Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Agong perkenan tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ Isa Samad

2026-06-11 HaiPress

Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR,11 Jun – Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim,memperkenankan penarikan balik Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” kepada Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa 8 Jun lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Pada 2021,Mahkamah Tinggi mensabitkan Isa bersalah atas sembilan tuduhan rasuah membabitkan sejumlah RM3.09 juta yang diterima daripada Ikhwan Zaidel,yang ketika itu pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd,melalui bekas pegawai khasnya,Muhammad Zahid Md Arip.

Ia sebagai dorongan untuk meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites oleh anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.

Bekas pengerusi FELDA itu kini memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan sidang terdahulu dan ditetapkan untuk didengar pada 26 Jun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap