2026-06-06 HaiPress

Menteri Kewangan ll,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) mengadakan sidang media selepas sesi lawatan ke Pasar Tani Kelana Jaya hari ini / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Jun – Kerajaan Persekutuan kekal komited memperkukuh pembangunan negeri Pahang menerusi peningkatan peruntukan tahunan,bantuan langsung kepada rakyat serta pelaksanaan projek strategik yang memberi manfaat kepada negeri itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Yang penting ialah komitmen kepada negeri itu jelas dan kukuh. Peruntukan yang disalurkan juga meningkat setiap tahun,bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi turut disampaikan terus kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mikro Kredit Turun Padang di sini,hari ini.
Menurut Datuk Seri Amir Hamzah lagi,komitmen kerajaan turut dibuktikan melalui pelaksanaan projek strategik di Pantai Timur termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Beliau berkata projek berimpak tinggi itu dijangka menjadi pemangkin kepada kemasukan pelaburan baharu serta merancakkan pembangunan infrastruktur dan kawasan perindustrian di negeri berkenaan.
Pada 8 Mei lalu,Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membangkitkan isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pahang ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15.
Susulan itu,Perdana Menteri mengarahkan Datuk Seri Amir Hamzah menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan dan bantuan yang disalurkan kepada negeri tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Pahang.
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06
06-06