Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Penempatan tentera AS di Poland ditangguh, bukan dibatalkan

2026-05-20 HaiPress

Naib Presiden AS,JD Vance dalam taklimat media di White House/ Foto AFP

WASHINGTON,20 Mei – Amerika Syarikat masih mempertimbangkan beberapa pilihan berhubung penempatan 4,000 anggota tentera yang dijadual dihantar ke Poland,negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

RINGKASAN BERITA AI

“Presiden tidak pernah berkata,walaupun beliau boleh berbuat demikian,bahawa beliau akan mengeluarkan semua tentera dari Eropah,tetapi Eropah perlu berdiri atas kaki sendiri,” kata Vance.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas media AS melaporkan Pentagon membatalkan penempatan giliran kira-kira 4,000 anggota tentera daripada Divisyen Berkuda Pertama Tentera Darat AS ke Poland.

Penempatan itu dilaporkan sudah berada pada peringkat persiapan lanjut sebelum dihentikan.

Vance menyifatkan perubahan itu sebagai penangguhan penggiliran tentera.

“Anggota tentera itu mungkin dihantar ke lokasi lain di Eropah dan kami juga boleh memutuskan untuk menghantar mereka ke tempat lain.

“Kami sebenarnya masih belum membuat keputusan muktamad mengenai ke mana mereka akan ditempatkan,tetapi apa yang saya katakan ialah tidak tepat untuk menyatakan bahawa kami sedang menarik keluar sejumlah besar tentera,” katanya lagi.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan kebimbangan di Poland kerana kehadiran tentera AS menjadi antara tonggak utama dasar pertahanan negara itu sejak bermulanya perang Rusia-Ukraine pada 2022.

Perdana Menteri Poland,Donald Tusk sebelum ini dilaporkan berkata,beliau menerima jaminan bahawa keputusan itu bersifat logistik dan bukannya strategik,sambil menegaskan keupayaan pencegahan keselamatan masih kekal utuh.

Beliau turut menekankan bahawa perpaduan transatlantik perlu terus dipertahankan,walaupun wujud perbezaan pandangan mengenai perkongsian beban dalam NATO. -REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap