Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Iran teliti cadangan AS, perjanjian tamat konflik semakin hampir

2026-05-07 HaiPress

Seorang lelaki berjalan melepasi sebuah tugu peringatan yang menggambarkan bilik darjah simbolik yang mewakili kanak-kanak sekolah Minab yang dipamerkan di sebuah dataran di Tehran. 73 budak lelaki dan 47 budak perempuan terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari/Foto AFP

ISLAMABAD,7 MeiIran memaklumkan sedang meneliti cadangan baharu Amerika Syarikat (AS),selepas sumber mendedahkan Washington dan Tehran hampir mencapai persetujuan awal berbentuk memorandum satu halaman bagi menamatkan konflik di Teluk.

RINGKASAN BERITA AI

Memorandum itu dijangka diikuti rundingan lanjut melibatkan isu Selat Hormuz,penarikan sekatan AS terhadap Iran serta kekangan terhadap program nuklear Tehran.

“Kita semakin hampir untuk memuktamadkannya,” kata sumber Pakistan.

Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu,berkata beliau dan Trump bersetuju bahawa semua uranium diperkaya perlu dikeluarkan dari Iran bagi menghalang pembangunan senjata nuklear,namun Tehran terus menafikan dakwaan tersebut.

Laporan tentang kemungkinan perjanjian menyebabkan harga minyak global jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua minggu,dengan niaga hadapan minyak mentah penanda aras Brent susut sekitar 11% kepada sekitar $98 setong pada satu ketika sebelum mengurangkan sebahagian daripada kerugian mereka.

Pasaran saham global turut meningkat,manakala hasil bon menurun susulan keyakinan bahawa konflik yang mengganggu bekalan tenaga mungkin berakhir.-Reuters.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap