2026-04-24 HaiPress

Foto Bernama
ISTANBUL,24 April –Harga minyak meningkat pada Jumaat susulan penutupan berterusan Selat Hormuz dan ketegangan maritim yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Mesyuarat itu berjalan dengan sangat baik!” kata Trump menerusi platform Truth Social ketika mengumumkan lanjutan gencatan senjata itu.
Gencatan senjata yang pada awalnya ditetapkan berlangsung selama 10 hari dijangka memberi lebih banyak masa untuk rundingan diplomatik,manakala Washington turut berikrar menyokong usaha memperkukuh pertahanan Lubnan terhadap Hizbullah.
Bagaimanapun,gencatan senjata AS-Iran masih belum memulihkan trafik di Selat Hormuz,apabila konflik beralih kepada sekatan tentera laut dengan kedua-dua pihak berusaha mendapatkan pengaruh ekonomi bagi mencapai penyelesaian lebih menyeluruh.
Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol pada Khamis memberi amaran bahawa dunia berdepan ancaman keselamatan tenaga yang belum pernah berlaku sebelum ini ekoran penutupan Selat Hormuz dan gangguan lebih meluas.
“Kita sedang berdepan ancaman keselamatan tenaga terbesar dalam sejarah.
“Setakat hari ini,kita kehilangan 13 juta tong minyak sehari … dan terdapat gangguan besar terhadap komoditi penting,” kata Birol kepada CNBC pada Khamis.
Birol sebelum ini memberi amaran bahawa perang Iran dan penutupan berterusan Selat Hormuz boleh mencetuskan “krisis tenaga terbesar yang pernah kita hadapi,” sambil menggesa kerajaan memperkukuh daya tahan menerusi sumber tenaga alternatif.- BERNAMA
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23
04-23