Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Bantuan RM300, kelonggaran ke sekolah tanpa uniform untuk murid terjejas kebakaran di Sandakan

2026-04-23 HaiPress

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek/ BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 April – Dua inisiatif segera diumumkan Kementerian Pendidikan bagi memastikan murid terjejas bencana terus mendapat akses pendidikan tanpa halangan.

RINGKASAN BERITA AI

Selain itu,kementerian turut memberi kelonggaran kepada murid untuk hadir ke sekolah walaupun tanpa pakaian seragam,bagi memastikan tiada alasan untuk tercicir daripada pendidikan.

Kementerian melalui Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri juga memantau kehadiran pelajar serta memastikan mereka terus bersekolah seperti biasa.

Dalam pada itu,kementerian turut meneliti keperluan pengangkutan khususnya bagi pelajar yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang jauh dari sekolah.

Bantuan bernilai RM300 tersebut diberikan kepada 454 murid warganegara Malaysia daripada 12 sekolah yang terjejas,melalui KPM selaras dengan komitmen kerajaan menjamin kesinambungan pendidikan dalam apa jua situasi.

Pada Ahad lepas,kebakaran besar di perkampungan atas air itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap