2026-04-15 HaiPress

Foto BERNAMA
SEPANG,15 April – Persiapan operasi haji bagi musim 1447H/2026M dilaporkan hampir siap sepenuhnya.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau menyatakannya pada sidang media selepas sesi Lawatan Media Bagi Taklimat Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Musim Haji 1447H / 2026M di sini.
Mohd Norber juga memaklumkan persiapan operasi haji telah bermula sejak tahun lalu,sejurus selesai musim haji 1446H/2025M.
Sepanjang tempoh tersebut,TH telah melaksanakan pelbagai persediaan untuk petugas dan bakal jemaah haji.
Ini termasuk penganjuran kursus asas,intensif dan perdana di seluruh negara bagi mempersiapkan bakal jemaah haji dengan ilmu berkaitan ibadat termasuk hukum-hakam,peniagaan kesihatan serta pengurusan perjalanan.
“Tentang persiapan dari segi kesihatan penjagaan kesihatan perlu dan amat penting sekali. Begitu juga mengenai aspek pengurusan aktiviti ataupun perkara berkaitan dengan haji sama ada dari segi tawaran,penerbangan,urusan visa,pasport,jadual penerbangan,kelengkapan jemaah haji.
Semuanya telah kita kongsikan dan sampaikan kepada bakal-bakal jemaah haji kita. TH juga mempersiapkan para petugas yang akan membantu jemaah haji di tanah air dan Tanah Suci.
Beliau berharap bakal jemaah haji akan dapat melaksanakan ibadah haji dengan lancar dan sempurna kerana persiapan rapi telah dilaksana merangkumi aspek operasi,logistik dan rohani.
“Malah tahap keselamatan jemaah haji Malaysia turut dijamin menerusi pelan komprehensif bencana dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan TH bagi berdepan sebarang konflik di Asia Barat,” katanya lagi.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadual berlepas pada 18 April ini dengan jemaah bakal melapor diri bermula 10 malam (17 April) melibatkan seramai 284 jemaah haji Malaysia.
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15