2026-04-15 HaiPress

(Foto kecil: Pesawah,Mohd Noor Mad Zain dan Asrol Alizan Abdul)
JERLUN,15 April- Pemberian Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) dengan kenaikan daripada RM160 kepada RM300 sehektar disifatkan bertepatan ketika pesawah di Kedah bersiap sedia memulakan musim penanaman padi bulan ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E2 Kubang Sepat,Abdul Halim Salleh berkata golongan pesawah di kawasan itu merakamkan penghargaan terhadap langkah kerajaan yang disifatkan bertindak pantas dalam menangani isu kos input pertanian.
Beliau bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan meneliti keperluan pihak lain dalam rantaian pengurusan penanaman padi termasuk pemilik jentera.
“Kalau diesel naik,kesannya memang terus kepada pesawah. Jadi kita harap ada mekanisme yang lebih menyeluruh,” katanya.
Dalam pada itu,Setiausaha Penerangan StarKompen Kedah,Muhammad Izuwan Ibrahim berkata pelbagai program turun padang dan penerangan sedang digerakkan bagi membantu rakyat memahami isu berkaitan subsidi diesel serta sektor pertanian.
Beliau berkata pendekatan itu dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pemimpin komuniti setempat.
“Program penerangan akan dibuat di peringkat kampung dengan kerjasama ketua komuniti supaya isu ini dapat difahami dengan lebih jelas oleh rakyat,” katanya.
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15