Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

Konflik Asia Barat : Kesan domino berpotensi jejas pasaran dunia

2026-04-14 HaiPress

Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee

KUALA LUMPUR,14 April – Konflik berterusan di Asia Barat kini kekal memberi cabaran terhadap krisis tenaga global dengan kesan berantai atau ‘domino effect” dijangka memberi impak besar kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

RINGKASAN BERITA AI

Situasi itu juga berpotensi menjadi antara krisis tenaga terbesar sejak krisis minyak dunia pada era 1970-an. Dalam konteks Malaysia,kerajaan masih memberi perlindungan melalui subsidi bahan api seperti RON95,namun pakar menjangkakan kesan sebenar akan mula dirasai menjelang pertengahan tahun ini.

“Walaupun kita masih dilindungi subsidi,kenaikan harga tenaga di peringkat global akhirnya akan memberi kesan kepada ekonomi domestik dan kehidupan harian rakyat,” jelasnya.

Beliau turut menekankan bahawa krisis itu bukan hanya terhad kepada tenaga,sebaliknya memberi kesan domino kepada sektor lain termasuk makanan dan logistik.

“Apabila harga minyak meningkat,kos pengangkutan darat,laut dan udara turut naik. Ini meningkatkan kos logistik global dan menyebabkan harga barangan termasuk makanan menjadi lebih mahal,” ujarnya.

Selain itu,sektor pertanian dan pembuatan juga terkesan apabila kos operasi meningkat,sekali gus menyumbang kepada tekanan inflasi.

Dalam usaha menangani situasi ini,kerajaan disaran mempercepatkan kepelbagaian sumber tenaga termasuk peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar serta penggunaan kenderaan elektrik (EV).

“Kita perlu mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber tenaga sahaja. Peralihan kepada tenaga hijau adalah strategi jangka panjang yang penting untuk ketahanan negara,” katanya.

Pengalaman Malaysia mengurus krisis ekonomi sebelum ini boleh dijadikan asas dalam membentuk dasar baharu bagi menghadapi cabaran global semasa.

Krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan tenaga,malah mencetuskan rantaian impak yang meluas terhadap ekonomi,industri dan kehidupan rakyat di seluruh dunia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap