Rumah 5G Pakar tempatan Bempatan Harta tanah komersial Hiburan global Permainan Institusi latihan Automatik Daquan Anak Berita Sukan Hartanah Makanan Cerdas Kewangan Kesihatan Ibu bapa-anak Hotel

‘E-waste’: Kegagalan pengurusan, ancaman serius kepada negara

2026-04-03 HaiPress

Malaysia sedang giat membanteras isu ‘e-waste’ haram melalui operasi besar-besaran MATF dan PDRM.

KUALA LUMPUR,3 April – Sisa elektronik atau ‘e-waste’ bukan sekadar melibatkan lambakan sampah biasa sebaliknya merupakan ancaman serius kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

RINGKASAN BERITA AI

Tambah beliau,dalam konteks global,Malaysia dilaporkan menjadi antara destinasi pelupusan sisa elektronik dari negara maju berikutan kos pemprosesan yang lebih tinggi di negara asal.

Keadaan ini membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengeksport sisa tersebut ke negara membangun dengan mengisytiharkannya sebagai barangan terpakai.

“Sehubungan itu,langkah kerajaan mengetatkan Dasar Import Nasional dilihat sebagai usaha menutup kelompongan dalam sistem sedia ada,selain memastikan kedaulatan alam sekitar dan kesihatan awam terus terpelihara,” tambahnya.

Sementara itu,Pakar Runding Alam Sekitar,Amlir Ayat berkata,menurut undang-undang Malaysia,e-waste dikategorikan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kod SW 110 dan termasuk dalam Buangan Terjadual.

Beliau menjelaskan,e-waste merangkumi sisa daripada peralatan elektrik dan elektronik yang mengandungi komponen berbahaya seperti akumulator.

Sehubungan itu,beliau menekankan kepentingan memperkukuh pemantauan terhadap sisa elektronik bagi memastikan pengurusan yang selamat dan terkawal di seluruh negara.

“Misalnya,kita cuba untuk memperkukuh pemantauan terhadap isu-isu e-waste daripada punca. Ini bermakna pihak berkuasa mesti lebih aktif dan tegas dalam memastikan semua punca e-waste dapat dipantau dengan berkesan.

“Selain itu,yang lebih penting ialah memastikan e-waste diurus dengan baik di kilang-kilang yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ini kerana kebocoran masih berlaku dan perlu dipantau rapi. Bagi memperkukuh pengurusan,mungkin perlu ditambah tenaga manusia,kepakaran,atau teknologi. Contohnya,di Pelabuhan Klang,lima kargo scanner digunakan untuk memantau dan mengimbas kontena yang membawa e-waste,” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Malaysia sedang giat membanteras isu ‘e-waste’ haram melalui operasi besar-besaran Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),susulan penemuan ratusan kontena e-waste terbiar di pelabuhan.

Isu ‘e-waste’ bukan sahaja melibatkan alam sekitar,malah berkait rapat dengan tadbir urus,ekonomi dan keselamatan negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap