Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak

2026-03-23 HaiPress

Infografik Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA,23 Mac – Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026,termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan,kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

RINGKASAN BERITA AI

Terbaharu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap,Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling,Sik,Pendang,Pokok Sena,Kubang Pasu,Pulau Langkawi,Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang),Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak),Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).

Menurut kenyataan itu,tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula,suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian,orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap