2026-03-19 HaiPress

Gua Musang semakin sesak dengan kenderaan apabila perantau pulang ke kampung halaman
GUA MUSANG,19 Mac – Laluan pintu masuk utama Kelantan di daerah Gua Musang semakin sesak dengan kenderaan apabila perantau pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya memulakan perjalanan dari rumah pada pukul 4.30 pagi dan terus balik tanpa berhenti di mana-mana. Kesesakan hanya berlaku di kawasan Padang Tengku kerana jalan yang sempit dan kerja-kerja pembaikan yang masih belum siap. Laluan lain,termasuk Jalan Sungai Koyan,dilalui dengan lancar tanpa sebarang kesesakan”,ujar pengguna jalan Wan Habibullah Wan Ibrahim.
Sementara itu,Ketua Polis Daerah Gua Musang,Superintendan Sik Choon Foo berkata,pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan terus meningkat apabila lebih ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Katanya,kesesakan tertumpu di beberapa lokasi termasuk laluan sempit dan pintu masuk di Kampung Mentara dan sempadan Merapoh,Pahang.
Ujarnya,pemantauan dan kawalan trafik akan dipertingkatkan bagi melancarkan pergerakan kenderaan.
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19
03-19