2026-03-11 HaiPress

Gambar satelit diambil pada 2 Mac lepas menunjukkan asap tebal susulan letupan di pelabuhan Abbas City,Selat Hormuz/AFP (Foto kecil: Dr Mohd Ramlan Mohd Arshad)
KUALA LUMPUR,11 Mac- Kerajaan digesa menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan di Selat Hormuz — laluan strategik yang mengawal hampir 20 peratus bekalan minyak dunia.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Negara-negara ASEAN mempunyai pelbagai sumber dan hasil yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia. Perdagangan serantau bukan sahaja kos lebih rendah,malah kurang terdedah kepada kesan langsung konflik global,” katanya.
Dr Mohd Ramlan memaklumkan Selat Hormuz yang terletak antara Teluk Parsi dan Teluk Oman adalah laluan perairan penting dunia.
Justeru,sebarang gangguan boleh menjejaskan aliran minyak mentah dan gas asli,sekali gus meningkatkan harga tenaga global.
Bagi operasi evakuasi di zon konflik Asia Barat,Dr Mohd Ramlan berkata kerajaan menguruskan proses melalui rundingan diplomatik dan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan termasuk penggunaan pengangkutan khas seperti Malaysia Airlines.
“Segala pergerakan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa di kawasan konflik bagi mengelakkan risiko keselamatan,” jelas beliau.
Operasi evakuasi di zon konflik di Asia Barat melibatkan rakyat Malaysia dari Iran,Arab Saudi,Kuwait,Bahrain,Emiriah Arab Bersatu (UAE),Syria,Jordan dan Qatar — dengan kumpulan pertama terdiri daripada pelajar,pengembara serta jemaah umrah tiba di tanah air hari ini.
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11
03-11